Wednesday, February 13, 2013

Puisi Kalil Gibran

●ANTARA PAGI DAN MALAM HARI
Oleh Kahlil Gibran

TENANGLAH hatiku, kerana langit tak
pun mendengari
Tenanglah, kerana bumi dibebani
dengan ratapan kesedihan.
Dia takkan melahirkan melodi dan
nyanyianmu.
Tenanglah, kerana roh-roh malam tak
menghiraukan bisikan rahsiamu, dan
bayang-bayang tak berhenti
dihadapan mimpi-mimpi.
Tenanglah, hatiku. Tenanglah hingga
fajar tiba, kerana dia yang menanti
pagi dengan sabar akan menyambut
pagi dengan kekuatan. Dia yang
mencintai cahaya, dicintai cahaya.
Tenanglah hatiku, dan dengarkan
ucapanku.

DALAM mimpi aku melihat seekor
murai menyanyi saat dia terbang di
atas kawah gunung berapi yang
meletus.
Kulihat sekuntum bunga Lili
menyembulkan kelopaknya di balik
salju.
Kulihat seorang bidadari te***jang
menari-menari di antara batu-batu
kubur.
Kulihat seorang anak tertawa sambil
bermain dengan tengkorak-tengkorak.
Kulihat semua makhluk ini dalam
sebuah mimpi. Ketika aku terjaga dan
memandang sekelilingku, kulihat
gunung berapi memuntahkan nyala
api, tapi tak kudengar murai
bernyanyi, juga tak kulihat dia
terbang.
Kulihat langit menaburkan salju di
atas padang dan lembah, dilapisi
warna putih mayat dari bunga lili
yang membeku.
Kulihat kuburan-kuburan, berderet-
deret, tegak di hadapan zaman-zaman
yang tenang. Tapi tak satu pun kulihat
di sana yang bergoyang dalam tarian,
juga tidak yang tertunduk dalam doa.
Saat terjaga, kulihat kesedihan dan
kepedihan; ke manakah perginya
kegembiraan dan kesenangan impian?
Mengapa keindahan mimpi lenyap,
dan bagaimana gambaran-
gambarannya menghilang? Bagaimana
mungkin jiwa tertahan sampai sang
tidur membawa kembali roh-roh dari
hasrat dan harapannya?

DENGARLAH hatiku, dan dengarlah
ucapanku.
Semalam jiwaku adalah sebatang
pohon yang kukuh dan tua,
menghunjam akar-akarnya ke dasar
bumi dan cabang-cabangnya
mencekau ke arah yang tak terhingga.
Jiwaku berbunga di musim bunga,
memikul buah pada musim panas.
Pada musim gugur kukumpulkan
buahnya di mangkuk perak dan
kuletakkannya di tengah jalan. Orang-
orang yang lalu lalang mengambil dan
memakannya, serta meneruskan
perjalanan mereka.

KALA musim gugur berlalu dan gita
pujinya bertukar menjadi lagu
kematian dan ratapan, kudapati
semua orang telah meninggalkan
diriku kecuali satu-satunya buah di
talam perak.
Kuambil ia dan memakannya, dan
merasakan pahitnya bagai kayu
gaharu, masam bak anggur hijau.
Aku berbicara dalam hati,"Bencana
bagiku, kerana telah kutempatkan
sebentuk laknat di dalam mulut
orang-orang itu, dan permusuhan
dalam perutnya.
" Apa yang telah kaulakukan, jiwaku,
dengan kemanisan akar-akarmu itu
yang telah meresap dari usus besar
bumi, dengan wangian daun-daunmu
yang telah meneguk cahaya
matahari?"
Lalu kucabut pohon jiwaku yang
kukuh dan tua.
Kucabut akarnya dari tanah liat yang
di dalamnya dia telah bertunas dan
tumbuh dengan subur. Kucabut akar
dari masa lampaunya, menanggalkan
kenangan seribu musim bunga dan
seribu musim gugur.
Dan kutanam sekali lagi pohon jiwaku
di tempat lain.
Kutanam dia di padang yang
tempatnya jauh dari jalan-jalan waktu.
Kulewatkan malam dengan terjaga di
sisinya, sambil berkata,"Mengamati
bersama malam yang membawa kita
mendekati kerlipan bintang."
Aku memberinya minum dengan
darah dan airmataku, sambil
berkata,"Terdapat sebentuk
keharuman dalam darah, dan dalam
airmata sebentuk kemanisan."
Tatkala musim bunga tiba, jiwaku
berbunga sekali lagi.
PADA musim panas jiwaku
menyandang buah. Tatkala musim
gugur tiba, kukumpulkan buah-
buahnya yang matang di talam emas
dan kuletakkan di tengah jalan.
Orang-orang melintas, satu demi satu
atau dalam kelompok-kelompok, tapi
tak satu pun menghulurkan tangannya
untuk mengambil bahagiannya.
Lalu kuambil sebuah dan
memakannya, merasakan manisnya
bagai madu pilihan, lazat seperti
musim bunga dari syurga, sangat
menyenangkan laksana anggur
Babylon, wangi bak wangi-wangian
dari melati.
Aku menjerit,"Orang-orang tak
menginginkan rahmat pada mulutnya
atau kebenaran dalam usus mereka,
kerana rahmat adalah puteri airmata
dan kebenaran putera darah!"
Lalu aku beralih dan duduk di bawah
bayangan pohon sunyi jiwaku di
sebuah padang yang tempatnya jauh
dari jalan waktu.

TENANGLAH, hatiku, hingga fajar tiba.
Tenanglah, kerana langit menghembus
bau hamis kematian dan tak bisa
meminum nafasmu.
Dengarkan, hatiku, dan dengarkan
aku bicara.
Semalam fikiranku adalah kapal yang
terumbang-ambing oleh gelombang
laut dan digerakkan oleh angin dari
pantai ke pantai
Kapal fikiranku kosong kecuali untuk
tujuh cawan yang dilimpahi dengan
warna-warna, gemilang berwarna-
warni.
Sang waktu datang kala aku merasa
jemu terapung-apungan di atas
permukaan laut dan berkata,
"Aku akan kembali ke kapal kosong
fikiranku menuju pelabuhan kota
tempat aku dilahirkan."
Tatkala kerjaku selesai, kapal fikiranku
Aku mulai mengecat sisi-sisi kapalku
dengan warna-warni - kuning
matahari terbenam, hijau musim
bunga baru, biru kubah langit, merah
senjakala yang menjadi kecil. Pada
layar dan kemudinya kuukirkan susuk-
susuk menakjubkan, menyenangkan
mata dan menyenangkan penglihatan.
Tatkala kerjaku selesai, kapal fikiranku
laksana pandangan luas seorang nabi,
berputar dalam ketidakterbatasan laut
dan langit. Kumasuki pelabuhan
kotaku, dan orang muncul menemuiku
dengan pujian dan rasa terima kasih.
Mereka membawaku ke dalam kota,
memukul gendang dan meniup
seruling.
Ini mereka lakukan kerana bahagian
luar kapalku yang dihias dengan
cemerlang, tapi tak seorang pun
masuk ke dalam kapal fikiranku.
Tak seorang pun bertanya apakah
yang kubawa dari seberang lautan
Tak seorang pun tahu kenapa aku
kembali dengan kapal kosongku ke
pelabuhan.
Lalu kepada diriku sendiri, aku
berkata,"Aku telah menyesatkan
orang-orang, dan dengan tujuh cawan
warna telah kudustai mata mereka"
Setelah setahun aku menaiki kapal
fikiranku dan kulayari di laut untuk
kedua kalinya.
Aku berlayar menuju pulau-pulau
timur, dan mengisi kapalku dengan
dupa dan kemenyan, pohon gaharu
dan kayu cendana.
Aku berlayar menuju pulau-pulau
barat, dan membawa bijih emas dan
gading, batu merah delima dan
zamrud, dan sulaman serta pakaian
warna merah lembayung.
Dari pulau-pulau selatan aku kembali
dengan rantai dan pedang tajam,
tombak-tombak panjang, serta
beraneka jenis senjata.
Aku mengisi kapal fikiranku dengan
harta benda dan barang-barang lhasil
bumi dan kembali ke pelabuhan
kotaku, sambil berkata, "Orang-
orangku pasti akan memujiku,
memang sudah pastinya. Mereka akan
menggendongku ke dalam kota sambil
menyanyi dan meniup trompet"
Tapi ketika aku tiba di pelabuhan, tak
seorangpun keluar menemuiku. Ketika
kumasuki jalan-jalan kota, tak seorang
pun memerhatikan diriku.
Aku berdiri di alun-alun sambil
mengutuk pada orang-orang bahawa
aku membawa buah dan kekayaan
bumi. Mereka memandangku,
mulutnya penuh tawa, cemuhan pada
wajah mereka. Lalu mereka berpaling
dariku.
Aku kembali ke pelabuhan, kesal dan
bingung. Tak lama kemudian aku
melihat kapalku. Maka aku melihat
perjuangan dan harapan dari
perjalananku yang menghalangi
perhatianku. Aku menjerit.
Gelombang laut telah mencuri cat dari
sisi-sisi kapalku, tak meninggalkan apa
pun kecuali tulang belulang yang
bertaburan.
Angin, badai dan terik matahari telah
menghapus lukisan-lukisan dari layar,
memudarkan ia seperti pakaian
berwarna kelabu dan usang.
Kukumpulkan barang-barang hasil dan
kekayaan bumi ke dalam sebuah
perahu yang terapung di atas
permukaan air. Aku kembali ke orang-
orangku, tapi mereka menolak diriku
kerana mata mereka hanya melihat
bahagian luar.
Pada saat itu kutinggalkan kapal
fikiranku dan pergi ke kota kematian.
Aku duduk di antara kuburan-kuburan
yang bercat kapur, merenungkan
rahsia-rahsianya.

TENANGLAH, hatiku, hingga fajar tiba.
Tenanglah, meskipun prahara yang
mengamuk mencerca bisikan-bisikan
batinmu, dan gua-gua lembah takkan
menggemakan bunyi suaramu.
Tenanglah, hatiku, hingga fajar tiba.
Kerana dia yang menantikan dengan
sabar hingga fajar, pagi hari akan
memeluknya dengan semangat.

NUN di sana! Fajar merekah, hatiku.
Bicaralah, jika kau mampu bicara!
Itulah arak-arakan sang fajar, hatiku!
Akankah hening malam melumpuhkan
kedalaman hatimu yang menyanyi
menyambut fajar?
Lihatlah kawanan merpati dan burung
murai melayang di atas lembah.
Akankah kengerian malam
menghalangi engkau untuk menduduki
sayap bersama mereka?
Para pengembala memandu kawanan
dombanya dari tempat ternak dan
kandang.
Akankah roh-roh malam
menghalangimu untuk mengikuti
mereka ke padang rumput hijau?
Anak lelaki dan perempuan bergegas
menuju kebun anggur. Kenapa kau tak
berganjak dan berjalan bersama
mereka?
Bangkitlah, hatiku, bangkit dan
berjalan bersama fajar, kerana malam
telah berlalu. Ketakutan malam lenyap
bersama mimpi gelapnya.
Bangkitlah, hatiku, dan lantangkan
suaramu dalam nyanyian, kerana
hanya anak-anak kegelapan yang
gagal menyatu ke dalam nyanyian
sang fajar.

No comments:

Post a Comment